2003
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Wilayah Pedalaman Atas (JPKN WPA) telah 22 tahun memberi perkhidmatannya di Wilayah Pedalaman Atas sejak penubuhannya pada awal tahun 2003. Bertanggungjawab sebagai mini JPKN di Wilayah dan memberi perkhidmatan ICT yang merangkumi sokongan Aplikasi Sistem, Penyelenggaraan Komputer, Sistem Rangkaian dan Perkhidmatan Konsultansi kepada semua jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri.
Selaras dengan misi Jabatan JPKN WPA sentiasa berusaha meningkatkan sistem penyampaian ICT dan membawanya dekat kepada masyarakat di seluruh daerah khasnya daerah-daerah seliaan JPKN WPA yang terdiri daripada daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Nabawan, Sook, daerah kecil Kemabong dan Pagalungan. Kini JPKN WPA diterajui oleh 7 orang kakitangan yang berkelibar dan bertanggungjawab mengendalikan operasi teknikal dan latihan di Cawangan.